Wednesday, February 11, 2015

Premium Beautiful Murah 2015 - Quick Grab!! Promotion before GST applied!


Assalamualaikum and gud morning olls!Siapa kat sini dah lama teringin nak dapatkan korset Premium Beautiful Classic tapi asyik "angkat-lepas-brek, angkat-lepas-brek"??Masih ragu-ragu, teragak-agak.
Hihihi..kini masa yang sesuai dah TIBA!
Memang pelaburan  yang berbaloi-baloi untuk seorang wanita..


KURUS-CANTIK-SIHAT..sape yang tak mau kan!
Harga yang ditawarkan kali ni sangat2 murah berbanding harga pasaran!
Berapa murah? Kenapa murah? Nak tau, Cepat2 PM ila sekarang..Stok promosi ni terhad, siapa cepat dia dapat!
Jangan risau, bukan stok lama yang bertahun dok berkepuk simpan bawah katil tau!
ini STOK BARU! Kalau beli tv, mesin basuh, warranty paling lama setahun..yang ni warranty SEUMUR HIDUP!

Testimoni..Membantu mengatasi masalah sistem peranakan wanita..TWO THUMBS UP! 
Beli masa bujang, boleh pakai sampai beranak pinak untuk maintain slim!
Ila pun bertahun-tahun gak ngidam nak grab korset ni, sekali ada rezeki lebih terus grab satu set!

Hehe..interprem gak..tengok la instant reshape,.ila  4 hari pakai dh gitu..yg lagi 2 org tu member sekolej dulu..hebat kan transformasi diorang...weeeee..
Pengalaman yang sangat amazing bila pakai korset ni. Tapi skg kene hold dulu, i olss preggy u..huhuhu..Tak sabarnya nak sarung balik time berpantang nanti..lalalalala...


INSTANT RESHAPE!
Sesape yg dah nak kahwin tapi tak sempat nak kurus tu, PB boleh tolong sorokkan dan burn lemak tu sekali masa pakai baju kahwin....Haa baru mantop body tu..raja sehari kot, semua mata nak pandang kan!

Pengalaman yang best bila pakai..meletup2 angin dalam badan keluar..heheehe


So, cepat..jangan tunggu lagi..Whatsapp/SMS ila sekarang ye..
Stok promosi ni terhad,siapa cepat dia dapat!




Thursday, August 7, 2014

Minyak enjin JTX1000 Gold MERBAHAYA!

Assalamualaikum semua..
Selamat kembali bertugas, selepas lebih seminggu bercuti raya..raya sakan noo..
Mmg cuti raya yang sangat best dan puas hati! Alhamdulillah J
Nanti Cik lah throwback kan kenangan raya 2014 dlm next entry ye..bila..jangan tanya..ngeh3..
Lama dah tak update blog..semak bersawang dah,,huhuhu..maafkan saya, kesibukan dengan tugas hakiki ler katakan..

Sebenarnya ada benda nak citer tentang minyak hitam JTX 1000 Gold. Korang pernah dengar tak pasal minyak hitam ni..Ke pernah cuba? Kalau yang belum pernah cuba tu baik hati-hati, takut korang pon akan mengalami benda yang sama yg Cik Lah alami..Huh!

Sehari sebelum balik raya hari tu, hubby cik Lah bawak si Kuat untuk di servis..yelah, nak jalan jauh balik kampung, plus nak ronda2 raya lagi..nak masuk sawah, naik bukit turun bukit..so haruslah kene condition nye tip-top ye dak..
Dah bape kali Cik Lah pesan kat dia , nanti bawak si Kuat gi servis try la tukar minyak hitam dgn JTX gold tu..dah terbeli lama dah,,tp tak guna2..wat rugi jaa..
Biasalah org laki ni, kalau dia dah suka dgn brand dia selalu pakai, skeptical la sket..tambah2 minyak enjin kali ni bini dia yg beli..apa kegunaan minyak hitam ni pon, belum tentu  bini dia tau..hehe..gitu ler agaknye dia pikir..

Perjalanan balik kampung kali ni lancar..Kitorang balik petang jumaat..expect highway  mesti jem teruk, org pakat2 blk mlm tu..tp amazingly tak seteruk yg disangka, alhamdulillah. Kitorang stop kat RNR Tapah 3 jam..melayan kerenah anak2, solat gilir2, makan2 sambil gi shopping selipar si Faheem ngan Fareesh..boleh pulak budak bertuah 2 orang tu masuk kete tak pakai selipar. Bila sampai Tapah, nak gi toilet baru dia cakap dia tak pakai selipar..sambil sengih2..aaa babap kang!.Selipar raya tau yg mama beli tu..huhuhu..

Baik nak balik kampung or balik ke KL, bonet kete sememangnya penuh dgn brg2, dengan luggage..kuih raya, tempoyak, jem manggis..baju yg berkoyan tak basuh.. :P ..Dalam kepala dok pikir, berat kete haku nih..tengok bumper belakang lowered semacam jaa.. Dalam perjalanan balik KL, cik Lah mcm terdengar2 je en.Driver tu ngomel sorg2..tp tak mampu nak layan, sbb kepala drowsy + ngantuk ya amat pas mkn ubat cirit birit..ya, hasil makan macam2 raya ni..akhirnnya sepanjang jalan Cik Lah hanya TIDO..

Pagi ni, drive kete ke ofis lepas seminggu jadi bos dok kat belakang jaa...
Eh2, lain mcm pulak rasa kete ni..bila drive rasa melayang2, macam bawak viva plak rasa..sampai kat selekoh nak turn ke Duke Hiway tu,  selalunya kene amik side sket, sbb Si Kuat ni berat, takut bergesel dengan divider..so hari ni pun drive cam biasa n amik side cam biasa, tapi kali ni nyaris nak terbabas masuk lane kiri..terus kete belakang hon kuat2! Aaaaa..Terkejut mak! Awat jadi macam ni…BAHAYA !! Sbb seminggu tak bawak kete ke jadi camni??..
Dalam pada dok wondering2 tu..Tekan pedal minyak  cam biasa..tapi rasa melayang2, cam meluncur atas angin..eh,lain macam ni..sekali tengok meter 120 km/j kau..ayoyoyo!!! Situ had 80km/j je nyah..bapak laju Cik Lah tekan..serius tak sedar!
Apa dah jadi ni..Laju sangat ni!! .wooo..wooo.. ini MERBAHAYA!! Slown down ..slow down..Hmmpphh..Segalanya out of control!..beyond normal dah ni..Selalu kalo naik bukit si Kuat agak semput terbatuk2..siapa yang bwk Saga or Proton pasti mengerti...tapi kali ni pick-up baik punya, siap saing ngan Camry kat sebelah …WOOO!
Sampai kat simpang traffic light dari Setiawangsa ke Jln Ampang, ada polis traffic jaga macam biasa..dan macam biasa gak, kene slow down sket bila nak turn ke kanan tu …rasa cam dah slow down dah, tapi sekali lagi nyaris Cik Lah nak terlanggar en. Polis tu..berderau darah Cik Lah..lagi sekali M.E.R.B.A.H.A.Y.A, OK!..Pandang ke cermin pandang belakang kot2 encik polis tu catat no plat kete ..huhuuhu..takut lak kene saman atas dakwaan memandu secara merbahaya..tapi bukan Cik Lah yg merbahaya en. Polis, JTX 1000 Gold ni yg MERBAHAYA! Ni semua salah dia..pergi saman dia!Huhuuhu..Semua routine order from my subconscious mind on how to drive a car dah tak boleh pakai dah sejak bertukar kepada JTX1000 Gold ni..HARUS di reset !

 
Inilah rupanya JTX100 Gold..Mantap beb!
Actually, malam tadi en. Hubby tanpa segan silu dok memuji minyak enjin JTX Gold ni..Katanya mmg lain dari yg lain lah..berbaloi betul bertukar ke minyak JTX Gold ni..suatu percubaan yang baguss..bla2..rupanya itula kot bende dia dok ngomel2 masa drive balik ke KL..Cik Lah yg mendengar ni terkembang2 gak, sbb Cik Lah ler yg suggest! Dulu masa suruh dia rekemen kat kengkawan dia..katanya..SORRY...NANTILAH..TAK BERMINAT..tapi sekarang bukan main beria lagi dia nak rekemen kat kengkawan dia..hihihi..
Katanya, dulu tak cuba, tak tau..sekarang dah cuba, dah rasa sendiri, memang best! Prestasi enjin memang bertambah mantap.. ini mestilah kene BAGITAU kawan2! Benda baik kene kongsi J. Kalau Cik Lah yg cakap mesti orang tak percaya, tapi kalau dah org lelaki yang lebih 10 tahun bawak kete boleh bagi testimonial yg JUJUR cenggini, apalagi Cik Lah bagi TWO THUMBS UP! Tepuk2…**kagum haku nengok laki aku memuji..selalu tu susah benar nak dgr dia bagi puji-pujian cenggini**
Minyak mineral dengan teknologi TRIBOLOGY..Performance mantap diperakui oleh Mercedes Benz.

Pastu baru ler rasa tergerak hati nak google testimonial JTX 1000 Gold ni..Hmmm..tak payah cakap lah…u olls tengok dan nilai sendiri testimony yang cik Lah attached kat bawah ni…KAGUM! 
TAK SUNGGUH TAK KATA, DAH TRY MEMANG TERNGANGA LA..
gituuuuuuuuu…habaq  hang!!
U olls nak rasa sendiri performance JTX 1000 GOLD ni? Boleh call/sms/whatsapp Cik Lah @ 0126496292


Jom layan testimonial jom...








Siapa mau cuba..mai ghapat lekaihhhh..
nak ghapat ke mana?
gi ghapat kat handphone hang pa la...
ringankan jari-jemari, dail no ni 012-6496292..
pastu rapatkan ke telinga....untuk berbicara ngan Cik Lah..
rapatkan mata ke skrin hp...utk tengok sms/whatsapp Cik Lah..
Pssstt: ...tak yah  tengok skrin hp rapat sgt, nnt rabun mata... :P

Ampang-Selayang-Sentul-Wangsa Maju
KL/SELANGOR
Delivery seluruh Malaysia

NOTA KAKI : Entry ini telah diperam selama 5 hari semata-mata hendak mencari bukti2 kukuh untuk mengaitkan minyak enjin JTX1000 Gold ini sebagai minyak enjin PALING BAHAYA di dunia. Sekian .
Charges Proved. Mission completed. 

Monday, May 19, 2014

Resepi Istimewa Ketam Masak Lemak Cili Api Daun Kesum

Hai semua!! Hari ni Cik Lah nak share resepi istimewa dengan uolls..Memandangkan semalam cuti, Cik Lah pun merajinkan diri ke dapur.. ye lah, weekend je la pun nak masak sedap-sedap kan..selalu weekdays masak simple2 je..nak lagi simple masak tunjuk-tunjuk je..hahahaha..So, jom tengok resepinya ok!



Ketam 4 ekor..saiz XL..pstttt..4 ekor pon dah RM20 tau..huhuhu..sekali sekala masak tak pa laaa...Cuci bersih2, buang kulit keras, ketuk2 sket sepit dia yang keras tu..

Bawang besar 2biji, bawang putih 4biji, cili padi 8biji, ikan bilis sejemput,.kunyit hidup  (cik Lah takde, pakai serbuk kunyit je)

Separuh tumbuk, separuh kisar..Panaskan periuk,tak payah tumis pakai minyak..nanti masak lemak ni berminyak..tak best..so tuang je dalam periuk, ..masukkan air sedikit..biar dia mendidih..

Serai 2 batang..tumbuk2 sket..pastu humban dalam periuk..(pic ihsan dari Google..lupa nak snap pic)
Agak2 dah mendidih, masukkan ketam..pastu santan..,
Ingat, perlahankan api sedikit, dan sentiasa kacau..kalau tak alamatnya pecah minyak la santan tu nanti..jadi berketul2 dan berminyak..tak best2..
Taburkan serbuk kunyit (sbb Cik Lah takde kunyit hidup..huhuhu..)
Masukkan asam keping 2 keping dan perasakan dengan garam.
Tak payah masukkan pak aji pun takpe, sedap dah sebab rasa ikan bilis tu mereplace rasa pak aji tu,,

Cik Lah pakai Garam Buluh..rasa sama cam garam biasa, CUMA lebih baik dan sihat :) 


Anak Cik Lah no.2 si Fareesh tu allergic seafood so dengan tambahkan garam buluh ni dapat kurangkan kesan allergic dia..
OK, yg cherry tomato tu sebab Cik Lah nak kan warna dalam masakan ni bagi meriah sket..kan lawa tu..cuma tak banyak..coz lebihan wat salad ari tu..
Daun Kunyit takde...(nanges)..kalo ada uollss koyak-koyakkan dan campak ke dalam periuk..meriah kalo ada kaler hijau..aroma pon lain kalo boh daun kunyit segar..

Tak aci ni takde daun hijau, Cik Lah godek2 peti ais nak cari apa2 daun hijau yang ada..tuuu.. dia ada daun kesum yang mak bagi masa balik kampung last week..so Cik Lah racik halus-halus dan tabur atas gulai lemak yang dah masak tu..taddaaa...siap!

Pssttt..Kalau masak lemak ada yg boh daun limau purut, sedap kan..
Haa..cuba try boh daun kesum plak..yummy2..tak sedar tambah nasik 3 kali.. :)
SELAMAT MENCUBA !


Siap dah..tersadai dalam mangkuk legend..magkuk hadiah kawin..7 tahun ko bertahan ye..terima kasih la pada yg bagi..:)


Takkan ketam je kan..so pelengkap lunch semalam :
Ketam cili api, kerisi goreng, kangkung belacan, cili kicap...

+

Air ribena special..Ribena Garam Buluh..

Alhamdulillah..natijahnya : kenyang seisi keluarga..
Fareesh langsung tak allergic..part tu paling best..memang berbaloi ikhtiar dengan garam buluh ni..

OK u olls..setakat ni dulu..,nanti ada resepi best cik Lah kongsi lagi k..
Nah, dengar kan pesanan penaja ni..




Cheers!!

Saturday, May 17, 2014

Anda tak minum kopi? Rugi...Anda tak cuba MINERAL COFFEE? Lagi rugi !

Sekali lagi malam minggu memunculkan diri...best! Bagi Cik Lah, malam minggu malam untuk buat aktiviti suka hati, sebab esok cuti..So susun aktiviti malam ni dengan sessi gomol-gomol anak, layan diorang main games, baca buku cerita, tengok tv, haaa..nak subscribe movie apa malam ni ye..si baby sibuk dengan  aktiviti 'cari kaki' maka mama dia akan sibuk jadi tukang sorak setiap kali dia dapat menapak. Lagi kuat  mama dia bersorak, lagi laju dia bangkit dari jatuh untuk melangkah balik..GOOD BOY! Maka, dah nampak aktiviti malam yang padat, semestinya la kene boost up dengan kopi untuk bagi segar dan MEMANJANGKAN MALAM Cik Lah..hehe..jom teman Cik Lah minum kopi yang best ni..KOPI MINERAL la..sejak layan kopi mineral, SORRY kopi lain Cik Lah tak layan dah :)..

Pernah dengar tak sana-sini orang cakap kopi tak baik untuk kesihatan? Migrainlah..darah tinggi...gastrik..degup jantung jadi laju dan tak normal.. dan yang lagi teruk minum kopi buat kita jadi bodoh dan lembap..T.E.R.U.Kkan.. So hasil google Cik Lah malam ni terjumpa fakta yang menarik: 

Kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi (golongan yang kuat beribadah)
Dengan meminum kopi, mereka semakin kuat beribadah, seolah kopi mendatangkan cahaya bagi rohani dan jasmani mereka.
Imam Abul Hasan Aliy adalah penemu biji kopi sedangkan Imam Abu Bakr al-Idrus adalah penyebar kopi di pelbagai tempat.

Beliau menggubah syair mengenai kopi sebagai berikut:


قَهْوَةُ الْبُنِّ يَا أَهْلَ الْغَرَامْ سَاعَدَتْنِيْ عَلَى طَرْدِ الْمَنَامْ
وَ أَعَانَتْنِيْ بِعَوْنِ اللهِ عَلى طَاعَةِ اللهِ وَ الْعَالَمُ نِيَامْ
قَافُهَا الْقُوْتُ وَ الْهَاءُ الْهُدَى وَاوُهَا الْوُدُّ وَ الْهَاءُ هِيَامْ
لاَ تَلُوْمُوْنِيْ عَلَى شُرْبِيْ لَهَا إِنَّهَا شُرْبُ سَادَاتٍ كِرَامٍ

 “Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir mengantuk.Dengan pertolongan Allah, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.

[Qahwah (kopi)], qaf adalah quut (makanan), ha adalah hudaa (petunjuk), wawu adalah wud (cinta), dan ha adalah hiyam (pengusir mengantuk).



Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.
Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula, mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.
 Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

*MINUM KOPI SECARA BERSEDERHANA : 1 HARI 1 CAWAN UNTUK MENIKMATI KESAN POSITIFNYA*


Ada macam-macam kopi di pasaran, alang-alang dah suka kopi, pilihlah yang kaya dengan nutrien hebat. Macam mineral coffee ni, memang lain dari yang lain. First time minum, rasa cam pelik, ada strong aroma yang weird ..rupa-rupanya itulah bau garam buluh. Apa ke hal pulak minum kopi bubuh garam? Selalu orang bubuh gula kan. Haa.. itulah istimewanya mineral coffee..diperbuat daripada biji kopi robusta + garam buluh. Garam buluh adalah sangat baik untuk kesihatan kerana kandungannya yang beralkali dapat meneutralkan keadaan tubuh yang berasid (punca pelbagai penyakit), ditambah pula dengan unsur mineral dan elemen mikro seperti kalsium, magnesium, kalium dan sebagainya menjadikan kopi ini KOPI UNTUK SIHAT. Psstt.. NO SUGAR ok. Patutlah orang yang ada diabetes boleh minum kopi ni dengan selamba, infact diabetes yang ditanggung boleh sembuh dengan adanya unsur garam buluh tu..Yang claim bila minum kopi sakit kepala dan gastrik?Nah, kopi ni lah yang terbaik untuk anda..cuba dulu baru tau..KOPI TERRBAIKK! are..va..va..va..

Ada banyak TESTIMONI MINERAL COFFEE  yang hebat berlegar di ruang siber ni, ini adalah sebahagian yang Cik Lah kaut..tih..tih..tih..








MINERAL COFFEE
 KOPI ROBUSTA + GARAM BULUH = MATA SEGAR BULAT, BADAN COMEY SIHAT, POKET TEBAL LEBAT

 Poket tebal lebat? Macam mana tu....


PRODUK HOT DI PASARAN,
MEMANG SENANG JALAN..

Sambil u ollss pikir-pikir nak beli ke tak nak tu, Cik Lah akhiri entry Cik Lah ni dengan serangkap pantun 
mencekik semangkuk laksa di tgh mlm..tih..tih..tih..layannnn beb..


KALAU NAK MINUM-MINUM KOPI SAMBIL DUIT BEREBUT-REBUT MASUK POKET, 
CONTACT CIK LAH NAAAA...

Cheers !

Azilah Abdullah
012.649.6292

burppp....alhamdulillahh..

Tuesday, May 13, 2014

Fulltime mummy..the dreams and desire...tssskkk..

Pagi ni Mama siapkan anak2 cepat sebab ayah nak kena gerak sama dengan mama..nak ambil motor kat Taman Melati sebab ayah tinggalkan kat sana weekend lepas, so mama kena turunkan ayah kat sana..Jadi sambil ayah sikat rambut anak2 mama..mama pergi buka pagar, start enjin kereta dan masukkan 3 buah beg anak2 mama dalam bonet kereta..lepas masukkan beg dalam bonet, mata mama terpaku kat tayar belakang kereta ..aduhhh...pancit pulak dah! Semalam travel dr kampung ke KL alhamdulillah selamat sampai, takde apa-apa.Bagitau ayah sambil tu mama bukak semula bonet kereta. Mama capai beg sandang biru dan merah.." Jom anak-anak, mama anta gi school jalan kaki, yeay"!..anak2 tak yeay pun..bingung barangkali..sambil melangkah sambil mama jawab soalan abang..apa dan kenapa..adik macam biasa senyap tapi bila mama tengok respon dia, tersengih2 hulur tangan minta dipimpin..
Nursery-School tak jauh dari rumah..jalan kaki 10 minit je sampai.Capai handphone sambil mesej bos bagitau masuk lambat..done!
Sebelah tangan kanan mama pegang faheem..sebelah tangan kiri mama pegang fareesh..kami anak beranak jalan sambil hayun-hayun tangan..seronok..bukan selalu dapat buat macam ni...in fact, ini kali pertama kami jalan kaki pergi school sama-sama..Lori sampah lalu depan kami..besar,tapi busuk..mengekek-ngekek hero mama berdua tergelak..
Berselisih dengan seorang budak lelaki sebaya ngan hero2 mama..tapi budak tu pakai baju sekolah pattern lain sambil dipimpin tgn oleh mamanya..Mama senyum pada mama budak tu..Faheem tengok mama, faham..mama jawab soalan dari renungan faheem tu.."dia sekolah lain, sebab tu baju dia lain dari abg n adik".."ooooooo"...Lepas tu kami lintas jalan sama-sama..lari-lari anak sbb dah lambat..nampak lopak air,mama langkau besar2..terlompat-lompat anak2 mama bergayut di tangan mama..suka hati mama tengok anak mama ceria pagi-pagi ni..
Sesampai ke nursery-school dah terdengar suara anak2 kecil baca doa penerang hati..cepat-cepat mama tarik anak-anak mama..Cikgu Shida menunggu di depan pintu..kecik molek orangnya, tapi suaranya lantang dan tegas..lepas letak beg di rak, anak2 mama salam tangan mama, mama cium dahi sorang2..tersengih2 faheem dan fareesh..belajar baik-baik..mama bisik di telinga setiap seorang..
Baru nak melangkah keluar, ayah call suruh mama tunggu situ..kejap lagi ayah sampai bila dah settle tukar tayar..mama tunggu di luar nursery..sambil dengar suara anak2 dan cikgunya bertingkah-tingkah..doa penerang hati..alfatihah..doa makan..praktis solat zuhur sambil terdengar  bacaan dalam setiap pergerakan solat..surah 4 qul..satu2 mama dengar..sekejap kuat sekejap perlahan..sekali sekala dengar cikgu libas rotan di atas meja..piap..piap..kuat semula suara anak2 itu membaca..mama senyum sambil tekun mendengar..

Tadika Bintang Kecil Gemilang..tempat anak-anak mama menimba ilmu dan menumpang kasih :)


Mama berdiri di bahu jalan..menanti ayah..sambil tu mama perhati orang lalu lalang..seronok tengok ibu-ibu  yang datang hantar anak..seusai hantar anak, terus menghala ke kedai runcit di seberang jalan..beli kelengkapan memasak untuk tengahari barangkali..Menjadi fulltime mummy, itulah impian seorang wanita yang bergelar ibu..itulah juga keinginan mama..namun mama sibuk berperang dengan perasaan sendiri..ada degree ..dah ada keje dgn gaji yang baik..tak kan nak duduk rumah je pulak kan..tak ke sia2 ijazah tu..ptptn pun tak abis bayar lg..hmphhh..mama biarkan soalan tu tergantung di benak mama..semoga mama mampu jadi mama yang baik untuk anak2 mama..banyak lompang sana sini mama kene tampal sebelum mampu jadi mama yg baik untuk anak-anak..permudahkanlah jalanku Ya Allah..
Dari balik selekoh, Si Kuat hitam pun sampai..panggilan Si Kuat tu ayah yg bagi..sbb sebelum ni pernah plan nak tukar kereta baru..tp si hitam tu masih kuat..banyak jasa..lama2 tak jadi tukar..tunggu Si Kuat jadi tak kuat..baru kita tukar, kata ayah.. :)
Dari dalam kereta kelihatan baby firdaus memaut lengannya di bahu kiri ayah, memang car seat tu tak pernah di "fully utilized" si  baby..tak bebas barangkali..mama angkat baby dan begnya, hala ke pengasuhnya yg menunggu di muka pintu.Si comel tarik2 tudung mama sambil menyeringai ketawa bila mama sondol perutnya dengan hidung mama..ayah pula pergi masukkan 2 botol air ribena ke poket sisi beg sandang abang dan adik di rak beg di tepi kelas..kalut pagi tadi sampai terlupa botol air. 
Mama dan ayah melangkah menuju ke kereta..mama tinggalkan anak2 mama ye..nanti petang mama datang ambil balik..Saat enjin kereta dihidupkan,bergema alunan zikir penenang hati dari anak-anak kecil di situ yang menyentuh hati mama..zikir yang selalu mama alunkan bersama anak-anak mama setiap maghrib atau kadangkala ketika astro oasis paparkan di dada tv.. ."hasbi rabbi..jallallah..maa fi qalbi ghairullah.." 
~Jangan biarkan hati kita tanpa Allah~..maksud tersirat di sebalik zikir tersebut..
Kereta mama mulai bergerak meninggalkan nursery, dan dicelah2 kenyaringan suara kanak2 itu, telinga mama dapat menangkap suara anak mama..jelas dan bersungguh..S.E.N.Y. U.M.


Monday, May 12, 2014

Seunjur Pemberian, Seuntai Puisi..buat mak abah tersayang T_T

Assalamualaikum and hye semuaaaa....
Minggu ni Cik Lah balik kampung..seronok sebab dah lama tak balik kampung..Last balik bulan 3 hari tu..Kebetulan pula, minggu ni Mother's day, Cik Lah jamakkan sekali Father's day..so ada la hadiah untuk mak abah di kampung :)
Apa hadiahnya? Jeng..jeng..jeng..

Dalam tupperware tingkat tu ada bamboo salt spagetti (over tak tajuk dia)..
 yang besar tu dah terang lagi bersuluh, Biovelocity Sleep Mate lah.. :)

Mak : Dah berusia 59 tahun, masalah tiroid and obese, borderline cholesterol, selalu sakit-sakit pinggang, lutut 
Abah: Dah berusia 68 tahun, medical history: hypertension, heart attack,hypercholesterol,  now newly diagnosed with high uric acid and renal impairment. Abah mengalami kesukaran untuk bergerak dah lebih 20 thn..dah check bukan masalah saraf atau strok,.otot-otot kaki dan tangan kanan abah jadi kaku (rigid muscle), unexplained condition..*frust*

Ni adik Cik Lah, Cik Kin namanya bersama dengan mak abah sambil tunggu keretapi malam
Jadi , Cik Lah bawak balik BVSM ni dengan penuh harapan..ulang-ulang kali Cik Lah layan video testimoni BVSM kat youtube nak yakinkan diri dan mak abah untuk cuba..Harapan setinggi gunung!
Namun, kita berbalik kepada qada' dan qadar Allah..Dia yang berkuasa menyembuhkan ..Ini hanyalah asbab untuk kita berikhtiar..KUN FA YAKUN..Jadi, maka jadilah..Semoga ada perkembangan yang positif buat mak dan abah..tak banyak, sikit pun dah memadai.. :)

Jom layan gambar 'behind the scene' untuk produce iklan promo BVSM kat atas tu...ngeh..ngeh..ngeh..

lenggang mak limah..ohhoii..
mmmm...macam muncit jerr..

Inilah si fotographer cilik tu..sempat singgah school dia untuk attend parents-teacher meet session before bertolak ke kampung..thanx luv, u made mama ayah proud of you.. alhamdulillah..*nanges terharu*


Bila dah jadi mama, dah jadi ayah ni baru tahu..besar sungguh amanah dan tanggungjawab mu ini Ya Allah..Patutlah mak abah kita dulu bersungguh-sungguh nak kita belajar rajin-rajin..jadi anak soleh..larang kita itu ini..
Semata-mata hanya nak kita berjaya,boleh dapat kehidupan yang selesa..
Saat mereka dah tua dan kurang upaya..mereka hanya mahu berehat cuma, tersenyum melihat anak cucu datang bermanja..sambil menjamah hasil yang mampu dituai jika ada.. T___T

Allahu..jasa mereka takkan mampu dibalas oleh kita yang bernama anak..
Marah mereka tanda sayang..
Rajuk mereka tanda kasihan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kupeluk mesra EMAK, 
hangat dakapan seorang ibu..
rindu belaian saat aku kecil tak tahu menahu,
Gigih sang emak mengajar tanpa jemu,
meski emak bukan si guru dengan gaji satu ribu,
tapi aku bangga saat aku kenal ABC, 123, ALIF BA TA..
dialah guru pertamaku...
Di sebalik uban yang memutih,
Terjalar seribu kenangan yang tak terkenangkan..
Maaf emak, 
Mendidik aku buat emak rasa penat..
Ampun emak, 
Memelihara aku buat emak tak punya untuk rehat..

Kujabat mesra tangan ABAH
Urat-urat daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra
Pada layu mata itu, 
tersimpan seribu tahu, terjeruk seribu rasa..
Perit yg lalu, biarlah berlalu
Keringat yang tumpah, takkan ku buat tak endah..
Maaf abah, 
Membesarkan aku buat  abah lelah
Ampun abah,
Memanusiakan aku abah jadi gundah..

- by Azilah Abdullah -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, May 9, 2014

Kenapa Premium Beautiful Hebat?


Kenapa Premium Beautiful menjadi korset pembentukan badan yang hebat? 
Kalau tak hebat takkan boleh bertahan sampai 22 tahun di pasaran kan? Sebut je Premium Beautiful boleh kata semua orang tahu....
Sebabnya ia bukan sebarangan korset tau..fabriknya ditenun dgn bebenang yang disadur dengan  FIR..apa benda pulaklah FIR tu?  
FIR adalah Far Infrared Ray iaitu sejenis gelombang elektromagnetik yg bersifat panas tapi kita tak boleh lihat dan rasa. FIR akan menembusi kulit dan berkerja di peringkat sel untuk...
haaa....jom kita tengok apa sebenarnya peranan FIR ni:

HOW FIR WORKS TO YOUR BODY

📍FIR mengaktifkan molekul2 air dlm sel2 tubuh
📍molekul air yg aktif akan meningkatkan peredaran drh biarpun di peringkat kapilari yg terkecil dlm tubuh
📍peredaran darah yg lancar ini seterusnya akan meningkatkan metabolisme tubuh
📍metabolisme tubuh yg meningkat akan menggalakkan penyingkiran bahan kumuh dengan lebih cekap
📍bahan kumuh yg banyak dibuang akan mengurangkan keasidan dalam darah (punca pelbagai penyakit yg bermula dari peringkat sel)
📍sebaik shj asiditi drh berkurang, ini akan menggalakkan penyerapan oksigen dengan lebih cekap ke dalam sel2 tubuh
📍bila sel2 tubuh mendapat oksigen yg cukup, metabolisme sel dipergiatkan lagi, maka cepatlah sel2 yg rosak dapat dipulihkan..
seterusnya bdn akn mnjadi lebih segar dan bertenaga..


Ada 2 cara pantas pada masa kini nak dptkan kuasa FIR ni..
so pilihlah cara mana yg anda berkenan ..Selamat berhujung minggu!


Cheers!

azilah abdullah
012.649.6292.
azilahabdullah209@gmail.com